Dr. Ameen, ENT Specialist in Kuala Lumpur

Compassionate Care for Your Ear, Nose & Throat

Ear, Nose & Throat Specialist (Adult & Paediatric)
Pakar Hidung, Telinga & Tekak (Dewasa & Kanak2)


🎓Qualifications
🩺MB BCh BAO Hons (Ireland🍀)
🔪Master (DrP) in Otorhinolaryngology (ENT👂👃👄), Head & Neck Surgery (UKM, Malaysia🌺)


Email: drameenpakarent@protonmail.com

TONSIL/AMANDEL BENGKAK: Bahaya Tersembunyi di Kerongkong Anda!

Hai semua! Pernah tak anda alami sakit tekak yang kerap sangat? Atau tonsil bengkak sampai rasa susah nak menelan? Hati-hati, mungkin anda menghidap Tonsil Bengkak yang kronik (Chronic tonsillitis)! Jom kita fahami apa itu tonsil bengkak dan bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan anda.

Tonsil yang bengkak boleh membawa kepada masalah besar! (Gambar hiasan)

🚨 Simptom & Tanda-Tanda

Simptom tonsilitis kronik biasanya berulang dan boleh mengganggu aktiviti harian anda:

  • Sakit tekak yang berpanjangan atau kerap berulang.
Sakit tekak yang teruk dan lama
  • Sukar menelan.
  • Demam berulang atau suhu badan yang tidak menentu.
  • Nafas berbau busuk (halitosis) akibat bakteria dan “batu tonsil”.
Halithosis
  • Tonsil kelihatan merah, bengkak, kadang-kadang dengan tompokan putih atau kuning (nanah).
Tonsil bernanah
  • Bengkak kelenjar limfa di leher.
  • Rasa letih yang tidak dapat dijelaskan.

⚠️ Faktor Risiko

Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko anda mendapat tonsilitis kronik:

  • Usia muda (kanak-kanak dan remaja): Sistem imun yang masih membangun dan pendedahan kerap di sekolah/taska.
  • Sering terdedah kepada individu yang sakit.
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok.
Merokok mengancam tekak anda!
  • Pencemaran udara kronik.
  • Kebersihan mulut yang kurang baik.
  • Resdung yang tidak dirawat.
Resdung merupakan risiko besar tonsil bengkak

🔎 Penyiasatan (Diagnosa)

  • Pemeriksaan fizikal kerongkong dan tonsil anda.
  • Tonsil swab test: Mengambil sampel dari tonsil untuk mengenal pasti jenis bakteria (jika ada).
Swab diperlukan jika tonsil bernanah teruk ataupun Diptheria disyaki
  • Ujian darah: Untuk melihat tahap jangkitan atau keradangan (jika perlu).

💊🔪 Rawatan: Perubatan atau Pembedahan?

Pilihan rawatan bergantung kepada keterukan dan kekerapan jangkitan:

1. Rawatan Perubatan (Untuk kes ringan/jangkitan bakteria):

  • Antibiotik: Jika disebabkan oleh jangkitan bakteria. Penting untuk menghabiskan dos antibiotik yang diberikan.
  • Ubat tahan sakit/demam: Seperti paracetamol, untuk melegakan simptom.
  • Kumur (gargle) air garam suam: Boleh membantu melegakan sakit tekak.
Kerap berkumur dapat melegakan tekak

2. Rawatan Pembedahan (Tonsilektomi):

Faedah: Mengurangkan kekerapan jangkitan dan meningkatkan kualiti hidup. Pembedahan juga dapat menangani masalah dengkur.

Buang tonsil (Tonsillektomi): Pembedahan ini disyorkan jika anda mengalami jangkitan tonsil yang teruk dan kerap berulang (contohnya, 7 kali dalam setahun, 5 kali setahun selama dua tahun berturut-turut, atau 3 kali setahun selama tiga tahun berturut-turut), atau jika tonsil anda menyebabkan masalah pernafasan/tidur (berdengkur).

Pembedahan tonsillektomi (Amandel)

🛡️ Pencegahan di Rumah

Anda boleh mengambil langkah-langkah mudah di rumah untuk mengurangkan risiko:

  • Minum air secukupnya untuk kekal hidrasi.
  • Jaga kebersihan mulut: Gosok gigi dua kali sehari dan flos.
  • Elakkan kontak rapat dengan orang yang sakit.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, terutamanya sebelum makan.
  • Berhenti merokok dan elakkan asap rokok.
  • Amalkan diet seimbang dan dapatkan rehat yang cukup untuk kuatkan sistem imun.

Jangan pandang remeh sakit tekak berulang! TONSIL BENGKAK KRONIK boleh mengganggu kualiti hidup anda. Ketahui lebih lanjut!

Tisu tonsil yang dikeluarkan

Untuk tempah slot appointment klinik dengan saya, sila klik sini (Sunway Velocity Medical Centre) atau sini (Columbia Setapak).

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web saya di drameenent.com untuk sumber rujukan dan perundingan.

Leave a comment

I’m Dr Ameen, an ENT specialist based in Kuala Lumpur, Malaysia

I am passionate about helping people breathe, hear, and live better. After years of experience at Hospital Kuala Lumpur and Tunku Azizah Women and Children Hospital, I now provide specialised care at Sunway Medical Centre Velocity, Columbia Hospital Setapak, and Klinik ANDA Wangsa Melawati. Through this page, I share simple, reliable tips and insights to help you understand and manage common ear, nose, and throat conditions with confidence.

MY CLINIC HOURS:

  • TUESDAY – 8pm to 10pm (Klinik ANDA Wangsa Melawati)
  • FRIDAY – 9am to 5pm (Sunway Medical Centre Velocity)
  • FRIDAY – 5pm to 8pm (Columbia Asia Hospital Setapak)
  • SATURDAY – 9am to 1pm (Sunway Medical Centre Velocity)
Book your appointment to see me at Sunway Medical Centre Velocity by clicking HERE
Book your appointment to see me at Columbia Hospital Setapak by clicking HERE