Dr. Ameen, ENT Specialist in Kuala Lumpur

Compassionate Care for Your Ear, Nose & Throat

Ear, Nose & Throat Specialist (Adult & Paediatric)
Pakar Hidung, Telinga & Tekak (Dewasa & Kanak2)


🎓Qualifications
🩺MB BCh BAO Hons (Ireland🍀)
🔪Master (DrP) in Otorhinolaryngology (ENT👂👃👄), Head & Neck Surgery (UKM, Malaysia🌺)


Email: drameenpakarent@protonmail.com

UPDATED! Panduan bakal jemaah Haji Malaysia untuk masalah dengkur/OSA
Berdengkur merupakan salah satu simptom OSA

* UPDATED informasi di bahagian akhir *

Assalamualaikum semua,

Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan memberi penerangan tentang masalah yang membelenggu sebahagian bakal jemaah haji yang masih tidak diluluskan pemeriksaan kesihatan disebabkan masalah dengkur/OSA (Obstructive sleep apnea), dan cara untuk mengatasinya.

Apa itu OSA?

OSA ialah keadaan di mana pesakit yang berdengkur semasa tidur, mengalami situasi nafas terhenti (apnea) ataupun menjadi amat perlahan (hypopnea) yang sementara (paling kurang 10 saat) untuk beberapa kali, sepanjang proses tidur. Proses apnea dan hypopnea ini menyebabkan pesakit tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akan mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang. BUKAN SEMUA YANG BERDENGKUR ADA MASALAH OSA.

Kenapa OSA berbahaya?

Walaupun OSA tidak membawa kepada kematian secara terus, OSA yang kronik akan meningkatkan risiko masalah kesihatan serius seperti darah tinggi, jantung lemah, angin ahmar, kencing manis dan masalah lain seperti senang tertidur ketika berkerja dan memandu (microsleep).

Apa penyebab OSA?

Risiko terbesar OSA ialah kegemukan/obesiti. Masalah resdung, adenoid dan tonsil bengkak,  lelangit lembut dan rahang kecil merupakan contoh lain penyebab OSA.

Carta alir pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji

Jika kita lihat carta alir di atas, bakal jemaah haji yang masuk ke dalam Kelas Kefungsian 3 & 4 akan gagal untuk mendapatkan kelulusan pergi haji. Saya kongsikan apa itu kelas kefungsian (Modified Functional Classification) yang diberikan dalam panduan kesihatan jemaah haji.

Bagaimana Doktor di Klinik Kesihatan (KK) mengesan masalah OSA untuk pesakit?

Jika doktor di KK mengesan jemaah haji ada penyakit obesiti kelas 2 dan berdengkur, doktor akan menggunakan STOPBANG Questionnaire, satu set soalan sebagai saringan (screening), yang mana pesakit di nilai dan diberikan markah. Questionnaire ini akan menilai risiko samada jemaah haji ada OSA atau tak.

Jika markah STOPBANG anda 3 dan ke atas (intermediate to high risk) – anda akam dirujuk ke Pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut.

Jika kita lihat Fungsi kelas 3 -> pesakit memerlukan bantuan untuk bergerak! Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pesakit OSA boleh bergerak – sepatutnya mereka tidak termasuk dalam kategori 3&4 yang boleh gagalkan kelulusan pergi haji.

Tetapi proses kelulusan ini tidak begitu mudah. Selain kategori 3 & 4, pesakit yang berkemungkinan ada OSA boleh digagalkan walaupun sudah mendapat rawatan (Failure criteria dalam panduan: Fungsi Kelas 3 & 4, dan juga penggunaan PAP – gambarajah di bahagian bawah).

Bagaimana nak diagnosis/pastikan yang pesakit ada OSA?

Pesakit perlu berjumpa dengan Pakar ENT untuk membuat pemeriksaan saluran pernafasan dan boleh menjalani ujian tidur (Sleep Study) di Hospital atau di rumah. Saya syorkan Sleep Study di Hospital (Sleep study Level 1) jika pesakit berdengkur & mempunyai banyak masalah kesihatan lain. Jika hanya berdengkur tanpa masalah kesihatan lain yang serius, boleh buat Home Sleep study (Sleep study Level 3).

Sleep study akan dibuat pada 1 malam sahaja. Kos:

Hospital sleep study (Level 1): Percuma di Hospital kerajaan, tetapi menunggu masa yang lama.

Home sleep study (Level 3): Buat ujian tidur di rumah anda, harga dalam RM 250 ke RM300. Boleh di buat segera mengikut kekosongan slot Syarikat Sleep Study. Mereka akan pasangkan alat di rumah atau mereka akan ajar anda untuk pakaikan alat ujian sendiri.

Dua syarikat sleep study yang ada dengan saya seperti di bawah. Banyak lagi syarikat yang menjalankan ujian sleep study tidak tersenarai – anda boleh google sendiri.

Listening Lab
Insan Bakti
Markah AHI (Apnea Hypopnea Index)

Selepas Sleep study, anda akan diberi markah AHI. Keputusan seperti di atas.

Untuk Normal dan Mild sleep apnea, tiada masalah untuk mendapat kelulusan dari pakar ENT.

Biasanya, hanya AHI >15 (moderate to severe OSA) yang memerlukan rawatan PAP therapy untuk OSA.

Apa rawatan OSA?

Rawatan Gold Standard ialah pemakaian mesin PAP (Positive airway pressure) iaitu mesin bantuan pernafasan ketika sedang tidur – mesin tersebut akan membantu pesakit OSA menolak udara masuk ke dalam saluran pernafasan untuk melepasi kawasan sempit saluran dengan lebih senang. Rawatan lain (jika PAP tidak membantu) ialah pembedahan di kawasan saluran pernafasan yang sempit seperti hidung, adenoid di pangkal hidung, tonsil, langit-langit, kawasan belakang lidah. Jika rahang kecil, boleh mencuba alat untuk menggerakkan rahang ke depan semasa tidur (Mandibular advancement device).

Semasa pakai PAP, markah AHI anda akan dikira secara automatic oleh mesin PAP, dan biasanya markah akan turun ke paras Normal atau Mild, iaitu satu paras yang agak baik dan selamat untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti yang saya sebutkan di atas.

Isu mesin PAP

Mesin PAP agak mahal untuk dibeli, maka akan menyusahkan jemaah yang menghadapi kesempitan wang. Harga RM5000 dan ke atas. Mesin PEP juga berat, tetapi ada yang jenis boleh dibawa untuk travel (harganya mahal (RM8000+).

Jika ia mahal, ada kemungkinan mesin PEP boleh disewa untuk 2 hingga 3 bulan – bergantung kepada syarikat sleep study. Kemungkinan harga sewa ~RM500 sebulan.

Mesin PAP kecil, senang di bawa dalam beg.
Kriteria gagal untuk OSA: Kelas fungsi 3&4, dan penggunaan CPAP/BiPAP!!!

Jika kita lihat gambarajah di atas, penggunaan CPAP/BiPAP masih di dalam kategori gagal. Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Dia bergantung kepada pakar ENT itu sendiri samada untuk luluskan atau tidak.

PENDAPAT SAYA

Pendapat saya, jika jemaah di rujuk kepada saya sebagai Pakar ENT kerana markah STOPBANG 3 atau lebih, saya akan luluskan terus permohonan kesihatan jemaah haji tersebut jika ujian sleep study menunjukkan Normal atau Mild OSA (AHI 15 atau <15). Ini kerana ia amat jelas jemaah tersebut bukan dalam Fungsi kelas 3.

Jika Sleep study anda menunjukkan anda menghidapi moderate atau severe OSA (AHI >15), anda memerlukan PAP therapy dengan kadar segera. Secara jujur, saya akan luluskan pesakit sebagai Kelas Fungsi 2 walaupun pesakit menggunakan PAP therapy kerana:

  1. Markah AHI pesakit akan turun ke paras lebih baik selepas penggunaan mesin PAP (target AHI masuk ke kategori normal atau mild selepas penggunaan mesin PAP)
  2. Pesakit masih boleh berjalan seperti biasa untuk menunaikan ibadah haji kerana pemakaian PAP hanya semasa tidur (Fungsi Kelas 1 atau 2)

Saya TIDAK AKAN LULUSKAN jemaah yang mempunyai moderate atau severe OSA tetapi tidak mahu memakai PAP machine/membuat rawatan OSA. Ini kerana, risiko mendapat komplikasi OSA di Mekah adalah tinggi di kalangan mereka.

APA-APA PUN, KELULUSAN AKHIR KESIHATAN BAKAL JEMAAH HAJI BERGANTUNG KEPADA DOKTOR DI KLINIK KESIHATAN. Jika doktor di KK beranggapan penggunaan PAP tidak sesuai untuk pergi haji, walaupun di luluskan oleh pakar ENT, anda perlu menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

SARANAN SAYA

1) Kepada bakal haji, jika anda berdengkur, sila berjumpa doktor untuk saringan OSA dengan segera agar masalah ini ditangani dengan cepat dan tidak akan membawa risiko penangguhan pergi haji.

2) Jika anda ada masalah kegemukan atau obese (BMI 30 atau lebih 30), sila dapatkan nasihat pakar pemakanan/lifestyle coach untuk mengurangkan berat badan. Ingat, kegemukan merupakan penyebab terbesar masalah OSA.

Wsalam.


*UPDATE*

Terdapat update baru berkenaan FAILURE CRITERIA dalam buku panduan –> penggunaan CPAP telah dikeluarkan dari failure criteria! Hanya BiPAP sahaja yang akan gagal (Penggunaan BiPAP hanya untuk pesakit yang ada masalah pernafasan yang teruk dan serius)

*Dengan update ini, pesakit OSA yang telah pakai mesin CPAP atau pesakit yang mendapat faedah dengan penggunaan mesin CPAP (bacaan AHI turun ke peringkat normal atau mild OSA semasa CPAP Trial), insyallah akan diluluskan untuk pergi haji.

Boleh berjumpa dengan saya jika ada apa-apa masalah berdengkur atau OSA, layari http://www.drameenent.com untuk tempah slot konsultasi.

Leave a comment

I’m Dr Ameen, an ENT specialist based in Kuala Lumpur, Malaysia

I am passionate about helping people breathe, hear, and live better. After years of experience at Hospital Kuala Lumpur and Tunku Azizah Women and Children Hospital, I now provide specialised care at Sunway Medical Centre Velocity, Columbia Hospital Setapak, and Klinik ANDA Wangsa Melawati. Through this page, I share simple, reliable tips and insights to help you understand and manage common ear, nose, and throat conditions with confidence.

MY CLINIC HOURS:

  • TUESDAY – 8pm to 10pm (Klinik ANDA Wangsa Melawati)
  • FRIDAY – 9am to 5pm (Sunway Medical Centre Velocity)
  • FRIDAY – 5pm to 8pm (Columbia Asia Hospital Setapak)
  • SATURDAY – 9am to 1pm (Sunway Medical Centre Velocity)
Book your appointment to see me at Sunway Medical Centre Velocity by clicking HERE
Book your appointment to see me at Columbia Hospital Setapak by clicking HERE