Salam semua 🙂
Panduan untuk pesakit dengan masalah dengkur dan microsleep (Anggaran Julat Harga di Hospital swasta)
1: Jumpa Pakar ENT untuk pemeriksaan rapi (Consultation fee RM100-250)

2: Scope camera saluran pernafasan (dari hidung hingga tekak) di klinik (Diagnostic scope fee RM100-300) *UNTUK SEMUA KES*

3: Drug-Induced Sleep Endoscopy – Scope camera saluran pernafasan di bilik bedah sambal ditidurkan oleh doktor bius (RM500-1000) *KES TERTENTU SAHAJA*

4: Ujian tidur/Sleep study – salah satu sahaja: Home sleep study (RM150-250) atau In-Lab sleep study (RM800 to 1800) *UNTUK SEMUA KES*

5: Dengan semua info di atas, Pakar ENT akan beri penyelesaian masalah dengkur mengikut tempat yang sempit semasa tidur, samada:
a) CPAP Machine (RM4-10k) – untuk pesakit yang sesuai dan tidak mahu buat surgeri
b) CPAP Machine with Sleep Surgery – Pembedahan hidung/langit-langit/Tonsil/Belakang lidah/Hyoid suspension (RM15k to RM50k)

Kebanyakan masalah dengkur/microsleep disebabkan lemak berlebihan/BMI tinggi/kegemukan/obese – disarankan ubah cara hidup (pemakanan dan aktiviti fizikal) untuk elakkan masalah dengkur/microsleep yang berpanjangan, yang boleh membawa kepada masalah jantung.

Surgery/Alat untuk Masalah Dengkur/Sleep apnea:
Hidung:
1. Septoplasty
2. Turbinoplasty
3. Endoscopic sinus surgery
4. Adenoidectomy
5. Septorhinoplasty
Tekak/lelangit/Lidah
1. Tonsillectomy
2. Palatal surgery (UPPP,CAPSO,BRP, Lateral pharyngoplasty)
3. Base of tongue surgery/TORS
4. Uvuloplasty
5. Palatal implants
6. Genioglossus advancement
Jaw:
1. Maxillomandibular Advancement
2. Oral appliances (Mandibular advancement device, Tongue retaining device)
Neck:
1. Hyoid suspension
2. Tracheostomy
Others:
1. Bariatric surgery
2. Hypoglossal nerve stimulator implant
Bacaan lanjut berkenaan masalah tidur, sila klik di sini
Jumpa saya untuk sesi konsultasi dan penerangan untuk atasi masalah tidur anda.































Leave a comment