
Masalah ini berlaku apabila tiub Eustachian (satu tiub yang menyambungkan belakang hidung dengan telinga tengah) gagal untuk berfungsi untuk mengawal tekanan udara atau mengeluarkan cecair dari dalam telinga tengah. Ini menyebabkan tekanan udara menjadi negatif di bahagian ruang telinga tengah.
Gejala ETD

Gejala ETD akan berkaitan dengan ketidakseimbangan tekanan udara di telinga:
* Telinga akan sentiasa ‘sumbat’ atau ‘penuh’ (aural fullness).
* Sakit telinga atau perasaan ‘tidak selesa’ pada telinga (otalgia).
* Kurang jelas pada pendengaran.
* Telinga berdesing (tinnitus).
* Bunyi ‘klik’ atau ‘pop’ pada telinga.
* Pening atau berpinar (vertigo).
* Mendengar kuat suara/pernafasan sendiri (Autophony)
UJIAN
Diagnosis biasanya dibuat berdasarkan simptom dan ujian fizikal, dan dibantu dengan beberapa ujian khas:
1) Pemeriksaan Otoscopy: Doktor akan memeriksa lubang telinga dan gegendang telinga untuk melihat retraksi gegendang atau pengumpulan cecair di belakang gegendang telinga.

2) Ujian Tympanometry: Untuk mengukur sebaik mana telinga tengah berfungsi dengan perubahan tekanan udara. Keputusan Jenis C akan memberi gambaran bahawa tekanan di belakang gegendang adalah negatif, yang biasanya terjadi dalam ETD.


3) Ujian pendengaran (Audiometry): Untuk menentukan jenis dan tahap masalah pendengaran.

4) Ujian endoskopi hidung: Untuk memeriksa rongga hidung dan keadaan bukaan tiub eustachian yang terletak di bahagian belakang rongga hidung.

RAWATAN
1) Rawatan awal:
a) Pengurusan kendiri: Membuat aksi untuk menghasilkan bunyi “pop” dalam telinga, seperti telan, menguap, mengunyah hula getah dan membuat pergerakan Vasalva (hembus kuat sambil tutup hidung dan mulut).

b) Ubat-ubatan:
* Semburan hidung steroid untuk mengurangkan keradangan hidung.
* Ubat Decongestants or Antihistamines (jika berkait dengan allergi ataupun selsema ringan).
* Ubat antibiotik jika ada jangkitan kuman


2) Rawatan pembedahan
Jika rawatan awal gagal dan gejala berterusan dan mengganggu aktiviti harian, pembedahan adalah disarankan.
a) Myringotomy and Tympanostomy Tube Placement: Pemotongan kecil dibuat pada gegendang telinga untuk mengeluarkan cecair dan menyamakan tekanan udara antara telinga luar dan tengah, kemudian tiub kecil dimasukkan sebagai pengganti tiub eustachian untuk sementara waktu, sehingga tiub eustachian sebenar mula berfungsi semula selepas beberapa bulan.

b) Balloon Dilation of the Eustachian Tube (BDET): Prosedur yang kurang invasif (minimally invasive), dijalankan untuk menangani masalah ETD yang kronik dan degil.



Pelebaran Tiub Eustachian Menggunakan Belon (BDET)
BDET adalah prosedur yang lebih baharu dan menjanjikan, direka untuk meningkatkan secara kekal fungsi mekanikal tiub Eustachian.
Prosedur
Prosedur BDET biasanya dilakukan di bawah bius am atau ‘sedation’ dan mengambil masa kira-kira 20-30 minit:
- Akses: Pakar bedah memasukkan endoskop kecil (tiub nipis dengan lampu dan kamera) melalui hidung untuk melihat pembukaan tiub Eustachian dalam nasofarinks (pangkal hidung).
- Pelebaran: Alat kecil dengan belon di hujungnya dipandu masuk ke bahagian tulang rawan tiub Eustachian.
- Pengembungan: Belon itu dikembungkan dengan air garam pada tekanan tertentu (biasanya 10-12 atmosfera) selama kira-kira dua minit. Proses ini direka untuk meregangkan bahagian yang paling sempit tiub, mewujudkan laluan yang lebih luas dan lebih berfungsi.
- Pengeluaran: Belon kemudiannya dikempiskan dan dikeluarkan dengan berhati-hati.
Manfaat dan Pemulihan
- Invasif Minimum: Ia mengelakkan hirisan pada bahagian luar badan.
- Kelegaan Jangka Panjang: Matlamatnya adalah untuk menyediakan perubahan struktur yang menawarkan penyeimbangan tekanan jangka panjang.
- Pemulihan Singkat: Pesakit biasanya mengalami pemulihan yang agak cepat, sering pulang pada hari yang sama dengan ketidakselesaan ringan, yang pulih dengan pantas.
BDET menawarkan pendekatan yang disasarkan untuk pesakit yang tidak mendapat kelegaan melalui rawatan perubatan perubatan atau tiub sementara, menawarkan potensi penyelesaian jangka panjang untuk keadaan biasa yang mengecewakan ini.

Untuk tempah slot appointment klinik dengan saya, sila klik sini (Sunway Velocity Medical Centre) atau sini (Columbia Setapak).
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web saya di drameenent.com untuk sumber rujukan dan perundingan.






























Leave a comment