Hipertrofi tonsil merujuk kepada pembesaran tonsil yang tidak normal, yang sering disebabkan oleh proses keradangan yang kronik. Ia biasanya dilihat pada kanak-kanak dan dewasa, dengan tonsil tekak (palatine) sebagai tempat utama yang terjejas. Beberapa faktor menyumbang kepada pembesaran tonsil, termasuk jangkitan, alahan, dan pencemaran alam sekitar.

Salah satu punca yang paling utama adalah jangkitan berulang seperti jangkitan tonsilitis (viral dan bakteria). Sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap jangkitan ini dengan mengaktifkan tisu limfoid dalam tonsil, menyebabkan ia bengkak.

Keradangan kronik akibat jangkitan berulang boleh menyebabkan tonsil kekal membesar untuk tempoh yang panjang.
Selain itu, reaksi alahan memainkan peranan penting dalam hipertrofi tonsil. Bagi individu yang cenderung mengalami alahan, pendedahan berterusan kepada alergen seperti debunga, habuk, dan bulu haiwan boleh mencetuskan sistem pertahanan badan untuk bertindak balas seperti dalam kes jangkitan (virus/bakteria), menyebabkan keradangan dan pembesaran tonsil.

Pencemaran alam sekitar juga boleh mengganggu keadaan mukosa mulut, yang boleh memburukkan lagi pembengkakan tonsil.

Dari segi patofisiologi, hipertrofi tonsil berlaku apabila sistem pertahanan badan mencetuskan reaksi tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap jangkitan. Tisu ini bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak sel darah putih dan sel imun lain, yang menyebabkan pembesaran tonsil. Pembesaran ini berfungsi sebagai sebahagian daripada mekanisme pertahanan tubuh, walaubagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan halangan pada saluran pernafasan atau kesukaran menelan dalam kes yang teruk.

Pencegahan
Untuk mencegah pembesaran tonsil, menjaga kebersihan diri adalah sangat penting kerana ia mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan. Mengurangkan pendedahan kepada alergen dan pencemar persekitaran juga memainkan peranan utama. Dalam kes tonsilitis berulang, rawatan perubatan yang cepat dan mengelakkan iritasi boleh mencegah keradangan kronik. Memastikan pemakanan yang betul dan menguatkan sistem imun dengan diet yang seimbang serta senaman yang teratur juga boleh memberikan manfaat.



Untuk tempah slot appointment klinik dengan saya, sila klik sini (Sunway Velocity Medical Centre) atau sini (Columbia Setapak).
































Leave a comment