Dr Ameen

Ear, Nose & Throat Specialist KL

Medicine is our effort. Healing is God’s mercy

Hipertrofi tonsil merujuk kepada pembesaran tonsil yang tidak normal, yang sering disebabkan oleh proses keradangan yang kronik. Ia biasanya dilihat pada kanak-kanak dan dewasa, dengan tonsil tekak (palatine) sebagai tempat utama yang terjejas. Beberapa faktor menyumbang kepada pembesaran tonsil, termasuk jangkitan, alahan, dan pencemaran alam sekitar.

Hipertrophi (bengkak) tonsil

Salah satu punca yang paling utama adalah jangkitan berulang seperti jangkitan tonsilitis (viral dan bakteria). Sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap jangkitan ini dengan mengaktifkan tisu limfoid dalam tonsil, menyebabkan ia bengkak.

Bakterial tonsillitis

Keradangan kronik akibat jangkitan berulang boleh menyebabkan tonsil kekal membesar untuk tempoh yang panjang.


Selain itu, reaksi alahan memainkan peranan penting dalam hipertrofi tonsil. Bagi individu yang cenderung mengalami alahan, pendedahan berterusan kepada alergen seperti debunga, habuk, dan bulu haiwan boleh mencetuskan sistem pertahanan badan untuk bertindak balas seperti dalam kes jangkitan (virus/bakteria), menyebabkan keradangan dan pembesaran tonsil.

Allergik hidung merupakan salah satu punca tonsil bengkak

Pencemaran alam sekitar juga boleh mengganggu keadaan mukosa mulut, yang boleh memburukkan lagi pembengkakan tonsil.

Pencemaran udara memburukkan lagi reaksi allergi


Dari segi patofisiologi, hipertrofi tonsil berlaku apabila sistem pertahanan badan mencetuskan reaksi tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap jangkitan. Tisu ini bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak sel darah putih dan sel imun lain, yang menyebabkan pembesaran tonsil. Pembesaran ini berfungsi sebagai sebahagian daripada mekanisme pertahanan tubuh, walaubagaimanapun, ia juga boleh  menyebabkan halangan pada saluran pernafasan atau kesukaran menelan dalam kes yang teruk.

Sel limfosit dihasilkan dalam tonsil untuk melawan jangkitan


Pencegahan

Untuk mencegah pembesaran  tonsil, menjaga kebersihan diri adalah sangat penting kerana ia mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan. Mengurangkan pendedahan kepada alergen dan pencemar persekitaran juga memainkan peranan utama. Dalam kes tonsilitis berulang, rawatan perubatan yang cepat dan mengelakkan iritasi boleh mencegah keradangan kronik. Memastikan pemakanan yang betul dan menguatkan sistem imun dengan diet yang seimbang serta senaman yang teratur juga boleh memberikan manfaat.

Kawal allergi hidung dengan semburan hidung steroid
Penjagaan kebersihan memastikan kesihatan badan akan terus berkekalan
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk kesihatan badan

Untuk tempah slot appointment klinik dengan saya, sila klik sini (Sunway Velocity Medical Centre) atau sini (Columbia Setapak).

Saya sedia membantu anda😊

Leave a Reply

Discover more from Dr Ameen ENT Specialist KL

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading