Artikel disediakan oleh Dr Ameen, Pakar ENT Ampang & Kuala Lumpur.

Bila Kita Kena Korek Taik Telinga?
Ramai orang rasa kita mesti korek telinga setiap minggu untuk bersihkan lubang telinga. Padahal majoritinya memang tak perlu. Telinga kita sebenarnya ada sistem self-cleaning yang cukup bijak. Wax (Taik Telinga) yang lembut dan berminyak akan bergerak keluar sendiri (dia ikut lapisan kulit lubang telinga yang bergerak keluar lubang), kemudian dilembutkan dan dibasuh keluar oleh air semasa mandi. Tak perlu diganggu.
Tapi…. bukan semua orang sama 😌.
Siapa yang biasanya bermasalah?
Pesakit yang ada sejarah alahan (alergik) dalam keluarga sering mengalami telinga gatal. Mereka ingat gatal tu disebabkan oleh taik telinga yang tebal, jadi lepas mandi terus ambil cotton bud dan korek telinga. Akibatnya, taik telinga yang lembut ditolak masuk lebih dalam. Bila dah masuk dalam, susah pulak nak keluarkan. Kadang-kadang doktor perlu dua sesi rawatan baru bersih 100%. Lebih teruk lagi kalau saluran telinga jadi sakit dan membengkak (otitis externa).
Jenis wax (taik telinga) juga berbeza:
- Wax berminyak dan lembut biasanya tak perlu kacau sangat. Ia akan keluar sendiri.
- Wax kering, berketul dan berkepingan (kuping) ini yang perlu berhati-hati. Ia cepat terkumpul dan boleh menutup saluran luar lubang telinga dalam masa singkat. Jenis ini biasanya perlu dibuang secara manual (microsuction) oleh pengamal kesihatan yang bertauliah setiap 2–3 bulan.
Wax yang sudah melekat kuat (impacted) boleh menyebabkan:
- Hilang pendengaran (jenis konduktif)
- Otitis externa/jangkitan telinga luar
- Otomycosis (jangkitan kulat)


Pesakit eczema dan psoriasis juga berdepan masalah sama, kadang-kadang lebih teruk. Selain kulit saluran telinga yang kering dan berkepingan, mereka mudah mendapat otitis externa semasa flare-up.

Satu lagi keadaan yang memerlukan perhatian khas ialah keratosis obturans, iaitu pengumpulan keratin yang membentuk ‘palam’ dan boleh menyebabkan saluran telinga melebar. Ia tidak bergerak keluar seperti wax biasa.

Bagaimana kalau guna alat di rumah?
Untuk jenis wax kering dan berkepingan, anda boleh cuba menggunakan handheld berkamera kecil sekali dengan forsep tumpul kecil (contohnya BeBird EarSight Plus). Ia membolehkan kita nampak jelas apa yang boleh dikepit di bahagian telinga luar.

Disclaimer penting: Saya tidak dibayar untuk iklan ini. Risiko kecederaan atau jangkitan semasa menggunakan alat tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengguna sendiri. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang komplikasi.
FAQ Ringkas
Adakah semua orang perlu korek telinga?
Tidak. Majoriti tidak perlu.
Bila patut jumpa doktor?
Bila rasa tersumbat, sakit, berair, atau pendengaran berkurangan.
Cotton bud selamat ke?
Tidak digalakkan. Ia sering menolak wax masuk lebih dalam.
Bolehkah saya korek sendiri setiap hari?
Tidak digalakkan, kecuali atas nasihat pengamal kesihatan yang bertauliah.
Tentang Penulis

Dr Ameen
Consultant ENT, Head & Neck Surgeon
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital,
Ampang, Kuala Lumpur
Qualifications:
MB BCh BAO Hons (Ire),
Master (DrP) of Otorhinolaryngology (UKM)
Clinical interests:
• Sinus & nasal disorders
• Ear disorders
• Tonsillitis
• Hearing loss
• Allergic rhinitis
• Snoring & Sleep Apnea
• Head & neck conditions
Published: Tuesday, November 10, 2026
Last reviewed: Tuesday, November 10, 2026
Professional profile: https://kpjhealth.com.my/ameen-saiful-azhar







Leave a Reply