Sejujurnya… ramai orang cari jawapan ni bila dah penat. Hidung asyik “block”, tidur terganggu, bangun pagi mulut kering. Mula-mula ingat biasa-biasa ja. Lama-lama, rasa lain macam.
Hidung tersumbat kerap bukan sekadar selesema. Dalam kebanyakan kes, ia berkait dengan masalah kesihatan yang jelas, dan boleh dirawat jika dikenalpasti awal.

Apa Maksud Hidung Tersumbat (Nasal Blockage)?
Secara klinikal, hidung tersumbat berlaku apabila lapisan dalam hidung (mucosa) membengkak atau dipenuhi mukus berlebihan. Ini menyebabkan aliran udara tersekat.
Pendek cerita: laluan sempit, udara tak lepas.
Simptom biasa:
- Hidung rasa penuh atau tersumbat
- Susah bernafas melalui hidung
- Terpaksa bernafas melalui mulut
- Gangguan tidur atau berdengkur
Kadang2 sebelah. Kadang2 dua-dua. Kadang berubah-ubah — ini sebenarnya petunjuk penting untuk diagnosis.
Punca Utama Hidung Tersumbat Kerap
Dalam setting Malaysia, terutama Kuala Lumpur, faktor persekitaran memainkan peranan besar.
Punca paling kerap:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Jangkitan virus (common cold)
- Sinusitis (jangkitan sinus)
- Polip hidung
- Deviated septum (tulang hidung bengkok)
Dan ya, habuk, hama, serta pencemaran udara bandar memang memperburuk keadaan.

Allergic Rhinitis (Resdung): Penyebab No.1
Ini yang paling kerap saya jumpa.
Allergic rhinitis berlaku bila sistem imun bertindak balas berlebihan terhadap alergen seperti habuk rumah, hama, bulu haiwan, atau perubahan cuaca.
Tanda klasik:
- Hidung tersumbat berulang
- Bersin banyak (terutama waktu pagi)
- Hidung berair jernih
- Mata gatal atau berair
Menariknya, ramai pesakit perasan simptom lebih teruk waktu pagi atau bila berada dalam bilik berhabuk. Itu bukan kebetulan.

Sinusitis: Bila Ada Tekanan Wajah dan Lendir Pekat
Berbeza dengan resdung biasa.
Sinusitis melibatkan keradangan pada rongga sinus dan sering datang dengan simptom tambahan:
- Sakit muka atau dahi
- Rasa tekanan di sekitar mata
- Lendir kuning atau hijau
- Demam (kadang-kadang)
Kalau simptom berlarutan lebih 10 hari atau semakin teruk, kemungkinan besar bukan jangkitan virus biasa.

Polip Hidung & Deviated Septum: Punca Struktur
Ini kategori “mechanical problem”.
Polip hidung ialah tisu lembut yang tumbuh dalam rongga hidung. Ia tidak sakit, tetapi boleh menghalang aliran udara.
Deviated septum pula berlaku apabila tulang tengah hidung bengkok, sama ada sejak lahir atau akibat trauma.
Simptom:
- Hidung tersumbat sebelah (persistent)
- Kesukaran bernafas waktu malam
- Berdengkur
Kadang pesakit hanya sedar selepas bertahun-tahun.



Rawatan Hidung Tersumbat
Rawatan bergantung kepada punca — bukan semua hidung tersumbat perlukan ubat yang sama.
Untuk allergic rhinitis:
- Antihistamin
- Nasal steroid spray (rawatan utama)
- Elakkan alergen

Untuk sinusitis:
- Ubat tahan sakit
- Dekongestan
- Antibiotik (jika jangkitan bakteria disahkan)
Untuk masalah struktur (deviated septum atau polip):
- Pembedahan seperti septoplasty atau pembuangan polip
Perlu ditekankan: penggunaan nasal spray jenis decongestant (Oxymetazoline/Oxynase) secara berpanjangan boleh menyebabkan rebound congestion (hidung makin tersumbat). Ini sangat biasa berlaku.

Bila Perlu Jumpa Pakar ENT?
Jumpa pakar ENT jika:
- Hidung tersumbat lebih 2 minggu
- Simptom semakin teruk
- Ada sakit muka yang kuat
- Berlaku pendarahan hidung
- Ganggu tidur atau kualiti hidup
Diagnosis tepat selalunya memerlukan pemeriksaan lanjut seperti nasal endoscopy.
Jangan tunggu sampai kronik. Lebih awal, lebih mudah rawat.

Ringkasan
- Hidung tersumbat kerap biasanya disebabkan oleh allergic rhinitis, sinusitis, atau masalah struktur hidung
- Simptom penting: bersin, lendir, sakit muka, atau sumbat sebelah
- Rawatan bergantung kepada punca, termasuk ubat dan pembedahan
- Jumpa pakar ENT jika berlarutan lebih 2 minggu atau semakin teruk
Artikel disediakan oleh Dr Ameen, ENT Specialist Kuala Lumpur
































Leave a Reply