
Bunyi dengkur tu… kadang-kadang memang kelakar. Kadang-kadang memeningkan jugak.. Tapi bila pasangan mula tidur di ruang tamu, itu bukan cerita biasa-biasa lagi.
Di Malaysia, carian seperti “cara hilangkan dengkur”, “rawatan dengkur Kuala Lumpur”, “sleep apnea KL” semakin meningkat. Dan ya, kebanyakan orang tunggu terlalu lama sebelum jumpa doktor. Mungkin sebab ingat benda ni kecil. Sebenarnya tak jugak.
Apa Itu Dengkur dan Kenapa Ia Berlaku?
Secara ringkas, dengkur berlaku bila saluran pernafasan hidung, mulut dan tekak jadi sempit semasa tidur. Udara lalu, tisu langit-langit bergetar, bunyi dengkur pun terhasil. Mudah faham. Tapi realitinya lebih kompleks sikit.
Kadang-kadang hidung tersumbat. Kadang-kadang lidah jatuh ke belakang. Ada juga kes struktur tekak memang sempit sejak awal (dagu kecil).
Punca Utama Dengkur Teruk
- Berat badan berlebihan (obesity-related snoring Malaysia)
- Hidung tersumbat kronik atau sinus
- Tonsil besar / uvula (anak tekak) panjang
- Posisi tidur terlentang
- Alkohol sebelum tidur (non-muslim)
Kalau dengkur sekali-sekala, mungkin tak serius. Tapi kalau setiap malam sampai terberhenti bernafas… itu lain cerita.
Bila Dengkur Jadi Bahaya? (Sleep Apnea Malaysia)
Ini part yang ramai terlepas pandang.
Kalau ada tanda berikut:
- Berhenti nafas semasa tidur
- Tersentak atau terjaga waktu malam
- Mengantuk melampau siang hari
- Sakit kepala pagi
Ini mungkin sleep apnea.
Dalam konteks di Kuala Lumpur, semakin ramai pesakit didiagnos dengan Obstructive Sleep Apnea (OSA) selepas buat sleep study. Dan ya, kondisi ini berkait dengan:
- Darah tinggi
- Penyakit jantung
- Stroke
Bukan sekadar dengkur kuat. Ini isu kesihatan sebenar!

Cara Hilangkan Dengkur: Rawatan Berkesan di Kuala Lumpur
Orang selalu tanya: “Doktor, ada ubat dengkur paling cepat tak?”
Jawapan jujur saya: bergantung kepada punca.
1. Perubahan Gaya Hidup
Nampak simple. Tapi impak dia besar.. lagi-lagi untuk pesakit Obese!
- Turunkan berat badan dengan senaman dan diet
- Elakkan minum lewat malam macam teh tarik/air manis
- Tidur mengiring
Kadang-kadang, ini saja sudah cukup. Tapi… kena konsisten.

2. Rawatan Hidung dan Alergi
Jika masalah datang dari hidung macam resdung:
- Nasal steroid spray
- Antihistamine
- Rawatan sinus
Ramai cari “ubat dengkur farmasi Malaysia”, tapi tanpa diagnosis tepat, rawatan mungkin tak berkesan.
Baca juga: Rawatan Resdung dan Hidung Tersumbat


3. Sleep Study dan CPAP di Kuala Lumpur
Untuk kes sederhana hingga teruk, sleep study Kuala Lumpur sangat penting.
Jika disahkan sleep apnea:
- CPAP adalah rawatan utama
- Membantu buka saluran pernafasan semasa tidur
Awal-awal memang rasa pelik pakai mesin. Tapi ramai pesakit akhirnya rasa jauh lebih segar.

4. Pembedahan ENT (Jika Perlu)
Dalam kes tertentu:
- Tonsillectomy
- Uvulopalatopharyngoplasty (UPPP)
Biasanya dipertimbangkan jika rawatan lain tidak membantu.
Baca juga: Pembedahan Tonsil: Bila Perlu?

Rawatan Dengkur di Kuala Lumpur: Bila Perlu Jumpa Pakar ENT?
Kalau anda alami:
- Dengkur kuat setiap malam
- Mengantuk siang hari
- Disyaki sleep apnea
Jangan tunggu lama.
Di Kuala Lumpur, rawatan dengkur termasuk:
- Pemeriksaan ENT lengkap
- Nasoendoscopy (masukkan kamera dalam hidung dan tekak) – pemeriksaan 5 minit sahaja di dalam klinik 🙂
- Sleep study Malaysia
- Pelan rawatan individu
Pendek kata, bukan semua dengkur punca dia sama. Rawatan pun tak sama untuk setiap pesakit.

Soalan Lazim Tentang Dengkur (FAQ)
Adakah dengkur berbahaya?
Ya, terutama jika berkait dengan sleep apnea. Ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Cara hilangkan dengkur paling cepat?
Bergantung kepada punca. Untuk kes ringan, ubah posisi tidur dan gaya hidup. Untuk kes serius, rawatan seperti CPAP dan pembedahan mungkin diperlukan.
Di mana boleh buat sleep study di Kuala Lumpur?
Sleep study boleh dilakukan di hospital dan pusat tidur di Kuala Lumpur yang menyediakan diagnosis sleep apnea. Boleh email saya untuk maklumat lanjut di drameenpakarent@protonmail.com.
Perlu jumpa pakar ENT ke untuk dengkur?
Ya, jika dengkur berterusan atau ada simptom seperti berhenti nafas semasa tidur.

Kesimpulan (Ringkas Tapi Penting!)
Dengkur bukan sekadar bunyi.
Kadang ia petunjuk awal masalah kesihatan yang lebih serius. Kalau dibiarkan, boleh bawa komplikasi.
Kalau anda berada di Kuala Lumpur dan mencari rawatan dengkur berkesan, langkah pertama ialah dapatkan penilaian pakar ENT.
Lebih cepat tahu punca, lebih mudah rawat.
Artikel ini ditulis oleh Dr Ameen, pakar dalam bidang Telinga, Hidung dan Tekak yang berpengalaman dalam merawat masalah dengkur bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak di hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur.
































Leave a Reply